Etnosenterisme
menjadi budaya dalam suku kaum Orang Asli mungkin kerana faktor geografi atau
petempatan mereka. Ini kerana mereka tidak perlu berkomunikasi dalam aktiviti perdagangan.
Mereka hanya berinteraksi dengan orang luar sahaja yang mahu membeli
hasil-hasil hutan. Faktor kedua pula ialah, suku kaum Orang Asli bukit tinggal
berasingan dengan yang tinggal sekitar sungai dan laut. Mereka tidak saling
memerlukan dan tidak bergantung sesama suku kaum yang berlainan. Fizikal
biologikal mereka juga berbeza dan bahasa juga tidak sama. Oleh sedemikian, semangat kekitaan mereka kuat
dan mereka hanya mengatakan mereka adalah suku kaum yang terbaik, terhebat
dalam perburuan, paling bertamadun dan tidak mengambil tahu atau mengambil
berat akan kebudayaan suku kaum lain. Walaupun begitu mereka masih menghormati
sesama sendiri iaitu sesama etnik.
No comments:
Post a Comment