Monday, February 6, 2012

BEHAVIORISME


 Perspektif Behaviorisme
Sekiranya Perspektif Psikodinamik menghuraikan mengenai desakan manusia sebagai kuasa membentuk tingkah laku, behaviorisme pula memperkatakan mengenai aspek luaran yang mempengaruhi tingkah laku manusia. Secara spesifiknya, behaviorisme mengatakan tingkah laku terhasil daripada rangsangan persekitaran. Perspektif behaviorisme orang asli boleh dilihat daripada amalan kepercayaan mereka iaitu ‘anismisme’. Mengikut kajian daripada suku kaum Orang Asli Semai, ‘animisme’ iaitu satu kepercayaan tradisi yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu, gua dan sebagainya. ‘Animisme’ berkait rapat dengan semangat. Jika persekitaran atau tempat tinggal mereka menghasilkan padi yang baik dan banyak, behavior mereka akan berubah. Hal ini berlaku disebabkan faktor Rangsangan (stimulus) dan Tindak balas (response).  Mereka akan menunjukkan rasa terima kasih kepada semangat padi (Ruai Bag) kerana semangat persekitaran ini telah memberikan hasil yang lumayan. Sekiranya ada orang luar pada masa itu, orang luar hendaklah turut serta sehingga selesai kenduri ini. Sekiranya tidak, orang luar akan didenda mengikut tok pawang dengan memohon restu dari jembalang tanah untuk memulihkan semangat padi tersebut. Persekitaran banyak membentuk behavior ataupun sikap dan tingkah laku suku kaum Orang Asli. Salah satu Upacara Semah Atau Puja Pantai yang diamalkan oleh suku kaum Mah Meri, Pulau Carey. ‘Upacara puja pantai’ ini dijalankan pada waktu malam. Semua Orang Mah Meri akan berarak ke tempat pemujaan iaitu tepi pantai untuk memuja agar mereka dimurahkan rezeki, mendapat hasil laut yang banyak pada tahun hadapan. Mereka juga memuja tok nenek supaya merestui mereka dan diletakkan di satu sudut serta mengadakan kenduri kesyukuran.

No comments:

Post a Comment