Showing posts with label behaviorisme. Show all posts
Showing posts with label behaviorisme. Show all posts

Monday, February 6, 2012

BIOLOGI


      Proses perspektif biologi ini merujuk kepada tingkah laku, proses-proses pemikiran, perasaan dan kederiaan yang dialami oleh manusia. Proses biologi bagi suku kaum Orang Asli dilihat apabila mereka memberi penekanan kepada analisis terhadap otot-otot, sistem saraf dan juga sistem deria. Bagi masyarakat Orang Asli, proses biologi terhadap diri mereka begitu rapat. Sepertimana menurut perspektif behaviorisme, alam sekitar banyak memberi evolusi terhadap proses biologi mereka. Sebagai contoh, suku kaum Orang Asli Temiar yang keluar memburu pada waktu malam. Di dalam suasana hutan yang gelap di waktu malam, mereka memerlukan deria mata dan pendengaran yang jelas ketika keluar memburu mencari binatang seperti monyet, rusa, babi dan lain-lain lagi sebagai makanan. Jika tidak mereka yang akan menjadi mangsa binatang buas dan berbisa. Selain daripada itu, lazimnya mereka tidak memakai kasut. Ini adalah bertujuan untuk mempercepatkan dan memudahkan mereka melalui hutan, akar-akar dan semak samun yang dipenuhi pokok menjalar atau hutan yang berakar panjang. Oleh demikian, tapak kaki mereka melebar, keras dan berkematu. Ini biasanya terjadi kepada suku kaum Orang Asli yang tinggal di dalam hutan antaranya seperti Che Wong, Semelai, Temiar dan Semai. Selain daripada itu, otot-otot dan sistem saraf mereka amat peka kepada bunyi-bunyian sekeliling dan dapat membuat andaian terhadap bunyi tersebut. Proses biologi ini banyak membantu mereka menyara diri untuk hidup di dalam hutan belantara.

BEHAVIORISME


 Perspektif Behaviorisme
Sekiranya Perspektif Psikodinamik menghuraikan mengenai desakan manusia sebagai kuasa membentuk tingkah laku, behaviorisme pula memperkatakan mengenai aspek luaran yang mempengaruhi tingkah laku manusia. Secara spesifiknya, behaviorisme mengatakan tingkah laku terhasil daripada rangsangan persekitaran. Perspektif behaviorisme orang asli boleh dilihat daripada amalan kepercayaan mereka iaitu ‘anismisme’. Mengikut kajian daripada suku kaum Orang Asli Semai, ‘animisme’ iaitu satu kepercayaan tradisi yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu, gua dan sebagainya. ‘Animisme’ berkait rapat dengan semangat. Jika persekitaran atau tempat tinggal mereka menghasilkan padi yang baik dan banyak, behavior mereka akan berubah. Hal ini berlaku disebabkan faktor Rangsangan (stimulus) dan Tindak balas (response).  Mereka akan menunjukkan rasa terima kasih kepada semangat padi (Ruai Bag) kerana semangat persekitaran ini telah memberikan hasil yang lumayan. Sekiranya ada orang luar pada masa itu, orang luar hendaklah turut serta sehingga selesai kenduri ini. Sekiranya tidak, orang luar akan didenda mengikut tok pawang dengan memohon restu dari jembalang tanah untuk memulihkan semangat padi tersebut. Persekitaran banyak membentuk behavior ataupun sikap dan tingkah laku suku kaum Orang Asli. Salah satu Upacara Semah Atau Puja Pantai yang diamalkan oleh suku kaum Mah Meri, Pulau Carey. ‘Upacara puja pantai’ ini dijalankan pada waktu malam. Semua Orang Mah Meri akan berarak ke tempat pemujaan iaitu tepi pantai untuk memuja agar mereka dimurahkan rezeki, mendapat hasil laut yang banyak pada tahun hadapan. Mereka juga memuja tok nenek supaya merestui mereka dan diletakkan di satu sudut serta mengadakan kenduri kesyukuran.