Suku kaum Semai juga terdiri daripada kumpulan Senoi. Suku kaum Semai tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat. Tubuh kaum lelaki Semai berbadan sasa dan tegap. Ada di antara mereka berambut kerinting dan lurus. Kaum wanita juga sedemikian. Suku kaum Semai sederhana rendah, berkulit hitam manis. Mereka bermata bulat dan hidung sepet serta berdagu pendek. Mereka boleh berlari pantas menuruni dan mendaki bukit. Mereka peka kepada sekeliling dan memburu di dalam hutan pada waktu malam.
Showing posts with label fizikal. Show all posts
Showing posts with label fizikal. Show all posts
Monday, February 6, 2012
SEMAI
Suku kaum Semai juga terdiri daripada kumpulan Senoi. Suku kaum Semai tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat. Tubuh kaum lelaki Semai berbadan sasa dan tegap. Ada di antara mereka berambut kerinting dan lurus. Kaum wanita juga sedemikian. Suku kaum Semai sederhana rendah, berkulit hitam manis. Mereka bermata bulat dan hidung sepet serta berdagu pendek. Mereka boleh berlari pantas menuruni dan mendaki bukit. Mereka peka kepada sekeliling dan memburu di dalam hutan pada waktu malam.
TEMIAR
Suku
kaum Temiar datang dari kumpulan Senoi. Mereka tinggal di kawasan bukit dan
tinggal di kawasan yang terletak di antara 4000 hingga 7000 kaki dari paras
laut. Ciri fizikal suku kaum Temiar berkulit hitam manis dan ada yang kuning
langsat. Ada di antara mereka berambut kerinting dan lurus. Mata mereka sepet,
berdagu pendek, hidung tinggi sederhana mancung. Ada diantara mereka bermata
coklat. Lelaki dewasa suku kaum Temiar bertubuh kecil dan rendah. Namun otot
mereka kuat kerana sering memanjat bukit dan gunung. Tapak kaki mereka lebar
kerana apabila mendaki bukit mereka tidak memakai kasut.
CHE WONG
Che
Wong terdiri dalam kumpulan Senoi. Suku kaum Che Wong terdapat di bahagian
Pahang Tenggara. Ciri fizikal suku kaum Che Wong agak berbeza dengan kumpulan
Negrito. Wanita Che Wong berkulit kuning dan cantik. Ada lipatan pada mata atau
bermata sepet. Ada yang berambut lurus dan ada yang berkeriting. Baik lelaki
dan wanita mereka bersederhana tinggi. Orang Che Wong amat pemalu dan ini
menyukarkan komunikasi di antara kita dan mereka. Wanita Che Wong menyusu
sendiri bayi mereka, oleh kerana itu bayi mereka sihat dan bertubuh. Kaum lelaki
Che Wong kurus dan rendah. Namun otot-otot mereka sasa kerana mereka tinggal di
dalam hutan dan sering memanjat bukit dan gunung. Populasi mereka boleh ditemui
di Lanchang, kaki Banjaran Gunung Benom. Kini mereka menghadapi krisis
kehilangan etnik kerana kadar kelahiran rendah dan kini terdapat tidak lebih
500 orang dari suku kaum ini.
SEMELAI
Ciri
fizikal suku kaum Semelai tidak banyak bezanya dengan suku bangsa Melayu Asli
(Proto Melayu). Wanita suku kaum Semelai tinggi, ada yang bertubuh kurus dan
ada yang gempal. Mereka ada yang berambut lurus dan ada yang berkerinting
panjang. Walaupun begitu ada di antara mereka berkulit hitam manis dan kuning
langsat sama seperti Melayu.
BATEQ
Perbezaan ciri –ciri fizikal
biologikal enam sub-etnik suku kaum Orang Asli.
Antropologi secara
literalnya berasal dari dua perkataan Greek, iaitu antropos yang bermaksud “manusia”, dan logos yang bermaksud “kajian”. Antropologi secara lebih khusus
boleh didefinasikan sebagai satu disiplin ilmu yang mengkaji manusia dari aspek
fizikal dan tingkah laku kebudayaannya (Abdullah 1985), sebagai satu bidang
kajian yang sistematik, antropologi menjurus kepada menghasilkan generalisasi
tentang manusia dan perlakuannya, dan juga memahami dengan sebaik mungkin tentang
hakikat kepelbagaian manusia (Haviland 1990). Antropologi fizikal juga dikenali
sebagai antropologi biologikal. Antropologi bab satu ini mengkaji aspek-aspek
fizikal iaitu kajian variasi manusia yang wujud dalam sesebuah populasi namun kajian
ini tidak begitu holistik. Antara ciri-ciri fizikal dan biologikal manusia
ialah warna kulit, bentuk-bentuk tubuh badan, warna dan rupa rambut, cara-cara
pergerakan, fungsi-fungsi otot dan bahagian-bahagian badan, struktur tulang dan
kerangka badan. Bab satu antropologi fizikal suku kaum Orang Asli akan
membincangkan mengenai perbezaan enam sub-etnik suku kaum ini dalam kontek
fizikal biologi.
Ciri
fizikal suku kaum Bateq adalah sama seperti Orang Negrito dari Kepulauan
Andaman, Filipina dan Selatan Negara Thai. Orang Bateq berbadan kecil tetapi
sasa. Mereka berambut kerinting halus dan berkulit hitam manis. Ini boleh
dilihat pada lelaki dan wanita dewasa serta pada kanak-kanak. Rata-rata wajah
mereka bulat lebar, hidung leper dan berdagu pendek. Mereka bergerak pantas dan
pemalu sekiranya dilawati oleh orang luar. Fungsi-fungsi otot mereka kuat
kerana amalan pemakanan daripada hasil hutan dan ubatan herba. Bayi mereka juga
kelihatan sihat kerana mengambil susu ibu.
Subscribe to:
Posts (Atom)










