Showing posts with label senoi. Show all posts
Showing posts with label senoi. Show all posts

Monday, February 6, 2012

RAS MONGOLOID


Ras Mongoloid (Senoi dan Proto-Malay)
Kelompok kumpulan Senoi
Suku kaum Che Wong, Semai, Temiar dan Mah Meri
Mereka ini tinggal di kawasan yang terletak di antara 4000 hingga 7000 kaki dari paras laut. Ada sebilangan suku kaum ini tinggal jauh di dalam hutan dan hidup secara nomad. Seperti Che Wong yang tinggal di kawasan yang bersempadan Gunung Benom di Utara, bawa ke Selatan ke Sungai Tris dan terus ke Timur bersempadan dengan Sungai Lompat yang terletak di daerah Raub Pahang. Manakala suku kaum Semai pula bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat. Suku kaum Mah Meri boleh didapati di dalam Pulau Carey dan akhir sekali suku kaum Temiar yang banyak didapati di Negeri Selangor dan  Pahang.  

SEMAI







Suku kaum Semai juga terdiri daripada kumpulan Senoi. Suku kaum Semai tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat. Tubuh kaum lelaki Semai berbadan sasa dan tegap. Ada di antara mereka berambut kerinting dan lurus. Kaum wanita juga sedemikian. Suku kaum Semai sederhana rendah, berkulit hitam manis. Mereka bermata bulat dan hidung sepet serta berdagu pendek. Mereka boleh berlari pantas menuruni dan mendaki bukit. Mereka peka kepada sekeliling dan memburu di dalam hutan pada waktu malam. 

MAH MERI

 Mah Meri
 Ciri fizikal suku kaum Mah Meri adalah sama seperti Orang Negrito dan suku kaum Bateq. Mah Meri bermakna “Orang Hutan” dan dalam istilah Mah Meri disebut “Bersisik”. Mah Meri juga dikenali sebagai orang laut kerana mereka tinggal berhampiran dengan laut. Suku kaum Mah Meri datang daripada kumpulan Senoi. Rata-rata kaum Mah Meri bekerja sebagai nelayan dan memungut hasil hutan. Orang Mah Meri sederhana rendah. Mereka berkulit hitam manis dan ada yang sawo matang. Mereka digelar orang sisik kerana faktor geografi tempat tinggal yang berhampiran laut menyebabkan kulit mereka menjadi kasar. Wanita dewasa Mah Meri bertubuh agak gempal dan berambut kerinting panjang. Wajah mereka juga bulat dan berhidung leper serta berdagu pendek. Mereka peramah dengan orang luar kerana tinggal berdekatan dengan perkampungan orang Melayu. Banyak proses asimilasi telah berlaku terhadap kaum ini.
1.1