Monday, February 6, 2012

MAH MERI

 Mah Meri
 Ciri fizikal suku kaum Mah Meri adalah sama seperti Orang Negrito dan suku kaum Bateq. Mah Meri bermakna “Orang Hutan” dan dalam istilah Mah Meri disebut “Bersisik”. Mah Meri juga dikenali sebagai orang laut kerana mereka tinggal berhampiran dengan laut. Suku kaum Mah Meri datang daripada kumpulan Senoi. Rata-rata kaum Mah Meri bekerja sebagai nelayan dan memungut hasil hutan. Orang Mah Meri sederhana rendah. Mereka berkulit hitam manis dan ada yang sawo matang. Mereka digelar orang sisik kerana faktor geografi tempat tinggal yang berhampiran laut menyebabkan kulit mereka menjadi kasar. Wanita dewasa Mah Meri bertubuh agak gempal dan berambut kerinting panjang. Wajah mereka juga bulat dan berhidung leper serta berdagu pendek. Mereka peramah dengan orang luar kerana tinggal berdekatan dengan perkampungan orang Melayu. Banyak proses asimilasi telah berlaku terhadap kaum ini.
1.1              

No comments:

Post a Comment