Monday, February 6, 2012

PSIKODEMIK


‘Psikologi’ adalah satu perkataan Greek, gabungan dari dua kata asalan ‘psyche’ dan ‘logos’ (Shaver & Tarpy 1993). ‘Psyche’ membawa maksud roh atau jiwa manakala ‘Logos’ pula didefinasikan sebagai kajian. Secara umumnya, Psikologi didefinasikan sebagai satu kajian yang saintifik mengenai tingkah laku manusia (Atkinson, Atkinson, Smith & Bem, 1993; Shaver & Tarpy 1993; Baron 1996). Dalam bab Psikologi ini beberapa perspektif-perspektif psikologi dibincangkan antaranya ialah Perspektif Psikodinamik, Perspektif Behaviorisme dan Perspektif Biologi dalam kalangan sub-etnik suku kaum Orang Asli berdasarkan andaian kaedah penyelidikan turut serta pengkaji. Selain itu dalam bab psikologi juga, perbincangan akan dibuat berdasarkan tajuk hubungan sub-etnik ke arah masyarakat berintegrasi. Konsep etnisiti membawa maksud rasa kekitaan sesuatu hubungan etnik tertentu. Manakala etnosenterisme pula adalah sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah lebih baik dan tinggi nilainya daripada kebudayaan suku kaum lainnya. Isme ataupun fahaman mengenai ras iaitu kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal yang berhubungkait dengan rasisme iaitu satu pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok terhadap kelompok lainnya juga terjadi dalam kalangan suku kaum orang asli. Ini bermaksud dahulunya pernah berlaku rasisme dalam kalangan kelompok suku kaum sesama Orang Asli sendiri dan ini memperlihatkan sikap prejudis, stereotaip dan diskriminasi pernah wujud dalam kalangan mereka.
Perspektif Psikodinamik
Tokoh perspektif Psikodinamik ini lahir daripada teori Sigmund Freud yang terkenal dengan Teori Psikoanalisis iaitu satu disiplin mengubati pesakit mental dengan kaedah Free Association iaitu pesakit bercakap dengan bebasnya berkenaan kerisauan, pengalaman dan mimpi yang mereka alami. Perspektif Psikodinamik ini juga terjadi dalam kalangan suku kaum Orang Asli. Kaedah Free Association biasanya dihubungkait dengan amalan ‘ritual’ melalui kaedah ‘sewang’ iaitu satu upacara keugamaan mereka. Menurut Freud, tingkah laku manusia terhasil dari konflik yang berlaku diantara desakan atau kuasa-kuasa dalaman iaitu id, ego dan superego untuk menghuraikan heuristik yang terkandung dalam naluri pesakit dan kaedah ini telah dipraktikkan oleh ‘Tok Halaq’ melalui andaian superego ‘Tok Halaq’.
Menurut kajian terhadap suku kaum Temiar dan Semai serta beberapa sub-etnik yang lain, yang mengamalkan kaedah Free Association melalui proses ‘ritual sewang berubat’ bagi segala masalah kejiwaan, kaedah yang digunakan ialah Tok Halaq akan mengadakan satu upacara ‘menurun’ untuk mendapatkan ilham. Senikata lagu sewang diperolehi oleh Tok Halaq melalui mimpi. Upacara ini dilakukan pada malam hari dan berjalan selama 3 hingga 7 hari berturut-turut bergantung kepada bekalan makanan mereka. Mereka menari dengan cara bergerak sekeliling penetas secara berpusing. Setiap sewang memakan masa selama 15 minit yang dijalankan oleh ‘Juru Sewang’. Juru Sewang akan berdendang hingga tidak sedarkan diri (pengsan). Pada tahap unconscious, ‘Juru Sewang’ iaitu penari yang turut serta dalam sewang akan bercakap dengan bebas mengenai permasalahan atau kesakitan mereka samaada kejiwaan atau fizikal. Kemudian mereka akan dipulihkan oleh Tok Halaq.
Sekiranya ramai ‘Juru Sewang’ yang ada masalah psikologi, melalui kaedah Free Association ini, seorang demi seorang akan rebah atau pengsan dan Tok Halaq akan merawat mereka satu persatu. Proses ‘ritual sewang’ hendaklah diadakan dalam suasana gelap pada waktu malam iaitu tiada apa-apa cahaya.

No comments:

Post a Comment