Monday, February 6, 2012

ISME RASISME


Anjakan isme rasisme kepada ras sub-etnik Orang Asli
Masyarakat setempat perlu membuang amalan budaya prejudis dan stereotaip serta diskriminasi terhadap suku kaum Orang Asli ini dengan mengatakan mereka malas, memperkudakan mereka hanya ketika pilihanraya untuk meraih undi, diskriminasi dalam soal membuka peluang pekerjaan terhadap mereka, mengambil tanah tempat mereka tinggal atas tujuan pembangunan tanpa memikirkan nasib mereka, dan lain-lain lagi. Amalan budaya ini tidak menguntungkan malah merugikan. Kita hidup di Malaysia seperti sebuah masyarakat yang plural. Bagi merealisasikan integrasi nasional, kita mesti saling percaya mempercayai dan bertoleransi. Isme dengan meletakkan suku kaum Orang Asli adalah manusia yang tidak bertamadun adalah tanggapan yang salah sama sekali kerana mereka juga ada hak di bumi Malaysia. Malah mereka jugalah warisan negara yang tiada tolok bandingnya. Kini mereka juga mengalami masalah kepupusan etnik.  

No comments:

Post a Comment