Monday, February 6, 2012

TEMIAR





Suku kaum Temiar datang dari kumpulan Senoi. Mereka tinggal di kawasan bukit dan tinggal di kawasan yang terletak di antara 4000 hingga 7000 kaki dari paras laut. Ciri fizikal suku kaum Temiar berkulit hitam manis dan ada yang kuning langsat. Ada di antara mereka berambut kerinting dan lurus. Mata mereka sepet, berdagu pendek, hidung tinggi sederhana mancung. Ada diantara mereka bermata coklat. Lelaki dewasa suku kaum Temiar bertubuh kecil dan rendah. Namun otot mereka kuat kerana sering memanjat bukit dan gunung. Tapak kaki mereka lebar kerana apabila mendaki bukit mereka tidak memakai kasut. 

No comments:

Post a Comment