Monday, February 6, 2012

RAS AUSTRALOID


Kelompok kumpulan Negrito
Suku kaum Bateq
Kelompok suku bangsa Negrito ini boleh didapati di sekitar bahagian Hulu Sungai Tembeling, Sungai Kenchau, Teluk Gunung di Pahang, Sungai Tako, Sungai Gala, Sungai Chiku, Sungai Lebir dan Sungai Aring di Kelantan. Manakala di Terengganu suku kaum Bateq boleh didapati di Sungai Berua, Besut.
Ciri fizikal suku kaum Bateq adalah sama seperti orang Negrito dari Kepulauan Andaman, Filipina dan Selatan Negara Thai. Suku kaum Bateq diandaikan sebagai orang zaman batu lama (tinggalan penghijrahan zaman paleolitik) yang melalui Semenanjung ke arah Kepulauan Pasifik. Bahasa suku kaum Bateq ialah Austraosiatik yang berbeza daripada bahasa Melayu dan golongan Austronesia. Suku kaum Bateq tergolong sebagai penutur rumpun bahasa Mon-Khmer. Pada tahun 1983, jumlah suku kaum ini adalah 785 orang sahaja. Mereka sering bertukar identiti bergantung pada kawasan petempatan.

No comments:

Post a Comment