Monday, February 6, 2012

TEORI PERSONALITI


Teori personaliti berasaskan perspektif behaviorisma
Dalam disiplin psikologi turut menekankan teori personaliti. Personalti merujuk kepada corak tingkah laku individu yang konsisten hingga boleh membezakan antara sesama mereka. Personaliti ini mendefinasikan cara tersendiri sesaorang individu berinteraksi iaitu berfikir, beremosi dan berpersepsi. Kebanyakan suku kaum Orang Asli hasil daripada sifat semula jadi yang trait (sifat atau ciri) dalam dimensi ekstovert iaitu kelompok manusia yang pendiam, suka berfikir panjang, pemalu dan susah untuk buat keputusan. Hal ini menyukarkan orang luar untuk berkomunikasi walaupun dengan bahasa tubuh. Mengikut kajian pengkaji, antara suku kaum Mah Meri, Semai, Temiar dan Semelai, suku kaum Bateq dan Che Wong amat pemalu, pendiam dan akan lari jika kita datang mendekati mereka terutama kaum wanita dan kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment