Che
Wong terdiri dalam kumpulan Senoi. Suku kaum Che Wong terdapat di bahagian
Pahang Tenggara. Ciri fizikal suku kaum Che Wong agak berbeza dengan kumpulan
Negrito. Wanita Che Wong berkulit kuning dan cantik. Ada lipatan pada mata atau
bermata sepet. Ada yang berambut lurus dan ada yang berkeriting. Baik lelaki
dan wanita mereka bersederhana tinggi. Orang Che Wong amat pemalu dan ini
menyukarkan komunikasi di antara kita dan mereka. Wanita Che Wong menyusu
sendiri bayi mereka, oleh kerana itu bayi mereka sihat dan bertubuh. Kaum lelaki
Che Wong kurus dan rendah. Namun otot-otot mereka sasa kerana mereka tinggal di
dalam hutan dan sering memanjat bukit dan gunung. Populasi mereka boleh ditemui
di Lanchang, kaki Banjaran Gunung Benom. Kini mereka menghadapi krisis
kehilangan etnik kerana kadar kelahiran rendah dan kini terdapat tidak lebih
500 orang dari suku kaum ini.
No comments:
Post a Comment