Monday, February 6, 2012

KAJIAN KOMUNIKASI BUKAN LISAN PADA LUKISAN PURBA DI TUJUH GUA-GUA DI LENGGONG PERAK


Banyak siput2 dan kulit siput di pintu gua ini dipercayai makanan orang2 purba kata penduduk lama daerah lenggong.


Cangkerang siput.











Perjalanan ke Gua Dayak dan Gua Badak. demografinya adalah sawah yang telah kering dan tidak digunakan sejak lama, ada anak sungai mengalir, guanya tidaklah terlalu tinggi namun terletak sedikit di atas bukit. Kawasan lapang.



Lukisan dari dalam bumbung gua. sukar untuk panjat kerana tinggi. muat untuk 3 orang di dalam kepala gua.

Ada gambaran awal sebelum siapkan imej akhir pada catan. seperti binatang yang merayap. menuju ke satu destinasi.


Lukisan terlalu abstrak. namun ada komunikasi yang tidak terurus. perempuan jelas diandaikan berambut dan lelaki tidak berambut. ada imej anak panah, binatang seperti cicak. lukisan bergaris. ringkas. ada juga gambar ikan yang dipancing.













Ada orang sedang memanah, ada pokok kelapa, ada rumah yang ada tangga,tingkap dan tiang rumah, ada buah kelapa yang gugur. aktiviti masa lapang, dekat dengan persekitaran, sekitar halaman. gambar ini menunjukkan orang ini bukan tinggal di dalam gua. ada aktiviti ekonomi. ada imej budaya.




Satu kawasan lapang. mungkin sawah , ada saliran, ada tanaman, dan orang ini berkeupayaan menunjukkan skala besar kawasan dan mengetahui bentuk kawasan (membina rajah) boleh meninterpretasikan apa yang dilihat.


Ini jelas komunikasi dalam kumpulan. saling berpegang tangan. mereka ada lima orang, lelaki. mungkin sedang menari. ada aksi2 pergerakan tangan yang tidak sama.

Lukisan menggunakan titik, garisan lurus dan kontur. berkeupayaan membuat pembahagian kawasan, ini mungkin lukisan seni atau corak abstrak atau satu kawasan penanaman. titik kebarangkalian adalah rumput. kerana di sisi petak segi ini ada satu pokok yang jelas bayang batang dan daunnya. ada satu komunikasi iaitu petak yang kecil dan besar adalah satu tanda mahu menunjukkan perbezaan.

Tidak mustahil ini adalah lukisan sebuah pemandangan pelukis. mengenai alam setempatnya.

Ini rasanya adalah corak abstrak seni. aida pernah lihat corak yang sama ini pada lukisan buluh sumpit orang asli Bateq di Taman Negara. sila rujuk ke laman orang asli.


satu komunikasi yang rancak. tapi tak jelas aida perlu pegi dan kaji balik. cuma dapat dilihat ada beza antara pokok, rumput renek dan kawasan rimba. pokok yang berkumpul secara berasingan atau secara berkumpulan. macam ada anak sungai. ada jaringan jalan lurus.


sapa boleh teka apa ni?

Ini boleh jadi corak boleh jadi rumput besar.


satu pemandangan pelukis dari pandangan jauh atau pengamatannya.cintanya pada alam dan tanah.

Ada komunikasi dan aksi. ada dua pelaku. satu memerhati dan satu lagi dikejar ular yang panjang.


Lukisan ni lama sangatlah. dilukis dengan arang, atau apa saja bentuk catan tapi tak mudah nak padam. bukan melekat tetapi macam larikan pada batu.

Ada pelaku berdiri dan memerhati kepada satu pemandangan alam. mungkin sawah padi. atau tanaman.


Hmm..banyak simbol. ada dua pelaku. ada komunikasi dengan imej binatang mungkin siput, ular. atau masalah yang berlaku pada aktiviti penanaman mereka.


macam hantu je ni...




Apalah manusia2 ni buat. hmmm...


Ini gambar macam tengah lawan tak guna senjata.

siapa boleh tolong beritahu ini orang ke, pokok ke, tapi macam ada tanah dan kawasan...






Lukisan ni sebenarnya jelas, tapi kerana ada aktiviti kuari di kawasan berdekatan, jadi batu2 banyak yang pecah akibat aktiviti kuari ini. sayangnya...

2 comments: