Perbezaan ciri –ciri fizikal
biologikal enam sub-etnik suku kaum Orang Asli.
Antropologi secara
literalnya berasal dari dua perkataan Greek, iaitu antropos yang bermaksud “manusia”, dan logos yang bermaksud “kajian”. Antropologi secara lebih khusus
boleh didefinasikan sebagai satu disiplin ilmu yang mengkaji manusia dari aspek
fizikal dan tingkah laku kebudayaannya (Abdullah 1985), sebagai satu bidang
kajian yang sistematik, antropologi menjurus kepada menghasilkan generalisasi
tentang manusia dan perlakuannya, dan juga memahami dengan sebaik mungkin tentang
hakikat kepelbagaian manusia (Haviland 1990). Antropologi fizikal juga dikenali
sebagai antropologi biologikal. Antropologi bab satu ini mengkaji aspek-aspek
fizikal iaitu kajian variasi manusia yang wujud dalam sesebuah populasi namun kajian
ini tidak begitu holistik. Antara ciri-ciri fizikal dan biologikal manusia
ialah warna kulit, bentuk-bentuk tubuh badan, warna dan rupa rambut, cara-cara
pergerakan, fungsi-fungsi otot dan bahagian-bahagian badan, struktur tulang dan
kerangka badan. Bab satu antropologi fizikal suku kaum Orang Asli akan
membincangkan mengenai perbezaan enam sub-etnik suku kaum ini dalam kontek
fizikal biologi.
Ciri
fizikal suku kaum Bateq adalah sama seperti Orang Negrito dari Kepulauan
Andaman, Filipina dan Selatan Negara Thai. Orang Bateq berbadan kecil tetapi
sasa. Mereka berambut kerinting halus dan berkulit hitam manis. Ini boleh
dilihat pada lelaki dan wanita dewasa serta pada kanak-kanak. Rata-rata wajah
mereka bulat lebar, hidung leper dan berdagu pendek. Mereka bergerak pantas dan
pemalu sekiranya dilawati oleh orang luar. Fungsi-fungsi otot mereka kuat
kerana amalan pemakanan daripada hasil hutan dan ubatan herba. Bayi mereka juga
kelihatan sihat kerana mengambil susu ibu.
As salam, menarik membaca tentang suku kaum Batek ini. Puan boleh bertutur bahasa mereka juga ke?
ReplyDelete