Showing posts with label pahang. Show all posts
Showing posts with label pahang. Show all posts

Monday, February 6, 2012

BATEQ












              
Perbezaan ciri –ciri fizikal biologikal enam sub-etnik suku kaum Orang Asli.
Antropologi secara literalnya berasal dari dua perkataan Greek, iaitu antropos yang bermaksud “manusia”, dan logos yang bermaksud “kajian”. Antropologi secara lebih khusus boleh didefinasikan sebagai satu disiplin ilmu yang mengkaji manusia dari aspek fizikal dan tingkah laku kebudayaannya (Abdullah 1985), sebagai satu bidang kajian yang sistematik, antropologi menjurus kepada menghasilkan generalisasi tentang manusia dan perlakuannya, dan juga memahami dengan sebaik mungkin tentang hakikat kepelbagaian manusia (Haviland 1990). Antropologi fizikal juga dikenali sebagai antropologi biologikal. Antropologi bab satu ini mengkaji aspek-aspek fizikal iaitu kajian variasi manusia yang wujud dalam sesebuah populasi namun kajian ini tidak begitu holistik. Antara ciri-ciri fizikal dan biologikal manusia ialah warna kulit, bentuk-bentuk tubuh badan, warna dan rupa rambut, cara-cara pergerakan, fungsi-fungsi otot dan bahagian-bahagian badan, struktur tulang dan kerangka badan. Bab satu antropologi fizikal suku kaum Orang Asli akan membincangkan mengenai perbezaan enam sub-etnik suku kaum ini dalam kontek fizikal biologi.
 Bateq
Ciri fizikal suku kaum Bateq adalah sama seperti Orang Negrito dari Kepulauan Andaman, Filipina dan Selatan Negara Thai. Orang Bateq berbadan kecil tetapi sasa. Mereka berambut kerinting halus dan berkulit hitam manis. Ini boleh dilihat pada lelaki dan wanita dewasa serta pada kanak-kanak. Rata-rata wajah mereka bulat lebar, hidung leper dan berdagu pendek. Mereka bergerak pantas dan pemalu sekiranya dilawati oleh orang luar. Fungsi-fungsi otot mereka kuat kerana amalan pemakanan daripada hasil hutan dan ubatan herba. Bayi mereka juga kelihatan sihat kerana mengambil susu ibu. 

LATAR BELAKANG ORANG ASLI CHE WONG




















Suku Kaum Che Wong tergolong dalam Kumpulan Senoi. Mereka adalah orang-orang Bukit dan tinggal di kawasan yang terletak di antara 4000 hingga 7000 kaki dari paras laut. Suku Kaum Che Wong terdapat di Pahang Tengah. Mereka ini tinggal jauh di dalam hutan. Tempat-tempat mereka ini sukar untuk didatangi. Mereka juga masih hidup dan mengamalkan tanaman berpindah randah, berburu dan mengumpul bahan-bahan hutan. Kawasan yang diduduki oleh kaum Che Wong ini meliputi kawasan yang bersempadan Gunung Benom di Utara, bawa ke selatan Sungai Tris, dan terus ke Timur yang bersempadankan Sungai Lompat. Ianya terdapat di daerah raub dan Temerloh pahang. Mereka lebih suka memilih kawasan petempatan yang berhampiran dengan Sungai kerana senang untuk mendapat air untuk minum, mandi, membasuh serta mendapatkan bahan bekalan makanan. Menurut lagenda suku kaum Che Wong adalah dari keturunan diraja kayangan iaitu Tok Kelembai. Berikut adalah kisah Lagenda Tok Kelembai hasil temuramah keturunannya yang masih hidup dan menjadi Tok batin Che Wong sekarang.