Monday, February 6, 2012

BATEQ












              
Perbezaan ciri –ciri fizikal biologikal enam sub-etnik suku kaum Orang Asli.
Antropologi secara literalnya berasal dari dua perkataan Greek, iaitu antropos yang bermaksud “manusia”, dan logos yang bermaksud “kajian”. Antropologi secara lebih khusus boleh didefinasikan sebagai satu disiplin ilmu yang mengkaji manusia dari aspek fizikal dan tingkah laku kebudayaannya (Abdullah 1985), sebagai satu bidang kajian yang sistematik, antropologi menjurus kepada menghasilkan generalisasi tentang manusia dan perlakuannya, dan juga memahami dengan sebaik mungkin tentang hakikat kepelbagaian manusia (Haviland 1990). Antropologi fizikal juga dikenali sebagai antropologi biologikal. Antropologi bab satu ini mengkaji aspek-aspek fizikal iaitu kajian variasi manusia yang wujud dalam sesebuah populasi namun kajian ini tidak begitu holistik. Antara ciri-ciri fizikal dan biologikal manusia ialah warna kulit, bentuk-bentuk tubuh badan, warna dan rupa rambut, cara-cara pergerakan, fungsi-fungsi otot dan bahagian-bahagian badan, struktur tulang dan kerangka badan. Bab satu antropologi fizikal suku kaum Orang Asli akan membincangkan mengenai perbezaan enam sub-etnik suku kaum ini dalam kontek fizikal biologi.
 Bateq
Ciri fizikal suku kaum Bateq adalah sama seperti Orang Negrito dari Kepulauan Andaman, Filipina dan Selatan Negara Thai. Orang Bateq berbadan kecil tetapi sasa. Mereka berambut kerinting halus dan berkulit hitam manis. Ini boleh dilihat pada lelaki dan wanita dewasa serta pada kanak-kanak. Rata-rata wajah mereka bulat lebar, hidung leper dan berdagu pendek. Mereka bergerak pantas dan pemalu sekiranya dilawati oleh orang luar. Fungsi-fungsi otot mereka kuat kerana amalan pemakanan daripada hasil hutan dan ubatan herba. Bayi mereka juga kelihatan sihat kerana mengambil susu ibu. 

1 comment:

  1. As salam, menarik membaca tentang suku kaum Batek ini. Puan boleh bertutur bahasa mereka juga ke?

    ReplyDelete