Monday, February 6, 2012

AIDA

Aida dilahirkan di Taiping Perak. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Aman, seterusnya di Convent Kota Taiping, Perak. Pernah mengikuti pengajian di Universiti Malaya di bawah Akademi Islam dalam jurusan Undang-undang syariah kemudiaannya menyambung pengajian di Akademi Seni Kebangsaan dalam jurusan Penulisan kreatif dan kini lagi sambung ke Universiti Utara Malaysia dalam bidang komunikasi. Tujuan aida buat blog ini ialah mahu berkongsi dengan sesiapa sahaja mengenai minat yang sama dalam hidup. Ini adalah latar sosial Aida. Seorang kakak sulung kepada lima orang adik, seorang ibu kepada seorang anak. Dibesarkan di Kampung Temelong Lenggong Perak dalam suasana hidup tradisional dalam sekitaran hutan dan bendang. Kemudian selama enam tahun menetap di dalam Perkampungan Hindu iaitu Kampung Aman, Pokok Assam Taiping selama enam tahun dan diasimilasi dengan budaya tradisi Hindu. Seterusnya berpindah ke Pokok Assam dengan pelbagai budaya transisi kaum Cina dan Melayu baru. Semasa berumur 4 tahun, Aida pernah menyelamatkan seekor kupu-kupu besar yang lemas dalam hujan lebat hanya dengan meletakkan kupu-kupu itu di atas sejambak bunga-bunga ros kampung. Pada suatu hari, selang beberapa bulan apabila kembali ke Kampung Hindu, kupu-kupu yang sama hinggap di dinding. Dari itu Aida membuat hipotesis pada diri sendiri bahawa ini adalah kehidupan harmoni Aida iaitu Aida alami. Atau dengan kata lain, jiwa seni dan pemikiran saintifik Aida lebih kepada kosmologi. hasil dari hipotesis aida kini 35 tahun, tidak memustahilkan pada tindakan yang tidak terancang seperti dari kecil suka berbual-bual dengan pokok, suka melihat gerak sosial dan seni visual binatang. Aida banyak berfikir dan bercakap secara bukan lisan dan lahirkan pelbagai ekspresi dan improvisasi tanpa disedari. Maka itu Aida dilihat sering berubah-ubah kerana tiada satu teori yang tetap dalam pemikiran. Namun realitinya Aida tetap menuju kepada positif. Aida suka mencari kemungkinan dan kelainan tetapi tidak suka membuat andaian dalam pemikiran. Hasil yang lebih jelas ialah pada umur 15 tahun Aida telah memenangi Peraduan Mengarang Kisah-kisah nabi dan usia ini juga Aida telah mengadaptasi dan menulis skrip, mencipta dialog, membuat satu formasi persembahan teater, mengarah dan akhirnya berjaya dipentaskan dengan tajuk persembahan Gubahan Rindu Puisi Syahdu tanpa didikan formal daripada sesiapa. Akhirnya kini jadilah seperti diri Aida sekarang iaitu seorang pemikir, penganalisis, peneroka, penulis, pengarah dan penerbit. Hasil kerja gila-gila ini telah membahagikan masa aida kepada beberapa minat dalam kajian. jadi, jika berminat mahu berkongsi....bolehlah bersama dunia Aida.



1 comment: